Followers

Tuesday, January 29, 2008

Comolot : Filem Pendek Gay Pertama Di Malaysia




Filem pendek arahan Mohd Akram Ismail di rakam menggunakan filem 16mm dengan durasi tayangan 10 minit ini mengisahkan konflik cinta dan persahabatan antara Aiman dan Danial yang mengalami konflik apabila Juwita yang bakal dikahwinkan dengan Danial, melihat sendiri kesongsangan nafsu Danial dan Aiman di bawah pancuran air dalam bilik air dalam keadaan mengghairahkan. Semasa di majlis perkahwinan Danial dan Juwita timbul satu perkara yang tidak diingini lari dari kehidupan normal.Filem COMOLOT ini menelan belanja RM 35,000 tidak termasuk kos promosi adalah filem yang bakal menimbulkan kontroversi apabila ditayangkan kelak. Filem ini adalah hasil kerja yang akan di nilai pada penilaian tahun akhir Diploma Perfileman ASWARA.


Filem COMOLOT bermula dengan watak Juwita tunangan Danial membawa sekuntumbunga ke apartment Danial. Pergerakan dan gerak laku yang terpancarpada wajah Juwita menampakkan kegembiraan yang ketara. Setibanya Juwitadiperkarangan tempat letak kereta apartment Danial, Juwita melangkahkaki ke arah sebuah kolam renang yang terletak berhampiran denganparking kereta. Di amatinya keseluruhan kolam renang mencari kelibat Danial, tetapi hanya kelihatan dua pasangan lelaki amat mesra dengansalah seorang daripadanya duduk ditebing kolam, dan seorang lagi dudukdi dalam kolam, sambil memangku tangannya ke paha pasangannya. Juwita melangkah kaki ke pintu lift menuju ke tingkat rumah Danial denganpenuh senyuman.

Di dalam ruang tamu rumah Danial, kelihatan Aiman dan Danial duduk berdua menghadap sebuah meja makan yang diatasnyadikeliling i cahaya lilin. Berbekalkan cahaya lilin dan dengan iringanmuzik yang romantik, Danial dan Aiman sibuk menjamu selera denganhidangan makan malam. Danial tersenyum memandang Aiman, begitu jugadengan Aiman yang tersimpul malu memandang wajah Danial yang nampaktampan dalam cahaya gelap. Pintu lift terbuka, Juwita melangkah keluardari dalam lift menuju ke pintu rumah Danial. Juwita mengetuk-ngetuk pintu rumah, tetapi tiada siapa yang membukanya. Pintu rumah dibuka,Juwita melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah berhati-hati agartidak mengejutkan Danial, sekaligus memberikan kejutan padanya. Diamatinya ruang tamu yang berselerak dengan hidangan makanan dan alunanmuzik yang terbuka, Juwita menjadi terkejut dan ini tidak memberikanimpak negatif padanya. Juwita melangkah ke hadapan mencari kelibatDanial, lalu masuk ke dalam bilik Danial. Pintu bilik Danial dibuka,Juwita melangkah masuk ke dalam, lalu terkejut memandang bilik Danialyang berselerak dengan kain cadar, bantal-bantal yang berselerakseperti tidak terurus. Juwita mendekati arah cadar katil, dan terpaku dengan balutan kondom yang terbuka dan tumpahan cecair KY di atas cadar katil.


Ini merungsingkan lagi kepala Juwita apabila melihat dua helaiseluar jeans tercampak di atas lantai. Pandangan Juwita terganggudengan bunyi dari arah bilik air. Di dalam bilik air, kelihatan Danialdan Aiman berpelukan mesra dalam keadaan bogel dan mengghairahkan. Juwita mendekati bilik air, lalu ditolaknya pintu bilik air dengansekuat hati. Alangkah terkejutnya apabila melihatkan Aiman dan Danialbersama di dalam bilik air. Danial mencium ( comolot ) bibir Aiman.Kelihatan mereka berdua amat ghairah dan menggersangkan. Bunga yangdipegang Juwita dicampakkan ke arah Danial. Dengan perasaan yang amatmarah sekali, Juwita bergerak meninggalkan mereka, tetapi dihalang oleh Danial yang mula memujuknya. Juwita berkeras hati tidak akan memaafkanDanial. Aiman mendengar pertelingkahan antara Danial dan Juwita dariarah pintu bilik air. Aiman mengintai, sehinggalah Danial dan Juwita bergerak meninggalkan Aiman keseorangan.


Pada malamnya, Aiman seperti kebiasaannya , akan mengunjungi Taman Tasik seorang diri , bertujuan mencari ketenangan. Di taman tasik, Aiman berlegar-legar di kawasan taman, sambil matanya melirik memandang beberapa pasangan lelaki berpegangan tangan berjalan-jalan sekitar Tasik. Kelihatan juga beberapa pengunjung lelaki melakukan aksi-aksi yang melampau seperti blowjob, dan pelbagai perkara yang mengghairahkan. Dari jauh nampak Aiman nampak sedih dan termenung melihatkan kelibat beberapa orang lelaki berjalan dan ada yang bersiul ke arahnya. Aiman tidak mengedahkan mereka.


Tanpa disedari, Aiman terserempak dengan Khairul,teman lamanya yang juga mengunjungi taman tasik bersama pasangan yangdisayanginya. Setelah mereka berbual, Khairul menanyakan pada Aimantentang kesahihan perkahwinan Danial dengan Juwita. Aiman terkejut dantergamam memandang Khairul. Pada keesokan harinya, Aiman memandu keretamenuju ke rumah pengantin untuk menyaksikan majlis perkahwinan antaraDanial dan Juwita. Sebelum sempat Tok Kadi berjabat tangan denganDanial, Aiman tiba diperkarangan pintu rumah. Aiman berdiri memandangDanial dengan perasaan amat sedih. Danial sedar dengan kehadiran Aimandan hanya memandang Aiman dengan perasan sedih.


Apakah yang terjadi seterusnya? .

Mampukah kehadiran Aiman menggoncang perkahwinan yang dirancang?

Apakah yang berlaku berikutnya?.



Syabas diucapkan kepada saudara Akram kerana bikin filem yang berbeza dan yang belum pernah di arahkan oleh pengarah yang sedia ada...Jangan korang berangan nak tengok filem nih kat pawagam sambil meratah pop corn sebab korang kene beli dulu kalau nak tengok DVD neh.... Aku akan dapatkan DVD comolot secepat mungkin ..if stock still available. :)


No comments: